Ahad, Mei 11, 2008
Parlimen Kuala Krai
Peta DUN Dalam Parlimen Kuala Krai
Bermula pada PRU-11 ( 2004 ), Parlimen Kuala Krai mempunyai lima DUN iaitu N39-Mengkebang, N40-Guchil, N41-Manik Urai dan N42-Dabong. Dalam pilihanraya tersebut, Barisan Nasional menyapu bersih kerusi keempat-empat DUN termasuk kerusi Parlimen.
DUN Mengkebang dimenangi oleh Hj Azizzuddin b Hussein setelah menewaskan Abdul Latif b Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 316 undi. DUN Guchil pula dimenangi oleh Dr Shamsul Ikhwan b Dato’ Ashaari Azmi setelah menewaskan Zulkifli b Yaacob (PAS) dengan majoriti 1,010 undi. Bagi DUN Manik Urai, Sdr Zulkifli b Omar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Krai telah menewaskan Sdr Zamzuri Mat Lazim yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai dengan majoriti tipis 53 undi. Manakala di DUN Dabong, Dato’ Ramzi Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai telah menewaskan Abdul Ghafar Yusof (PAS) dengan majoriti 1,094 undi. Parlimen Kuala Krai pula diwakili oleh Dato’ Mohd Ghazali b Che Mamat setelah menewaskan Wan Ab Rahim b Wan Abdullah dengan majoriti 2,416 undi.
Dalam PRU-12, Parlimen Kuala Krai yang diwar-warkan sebagai benteng UMNO/BN yang kukuh telah menjadi begitu ampuh apabila kesemua 4 DUN dan Parlimen kembali menjadi milik PAS. Dalam pilihanraya tersebut, semua calon BN merupakan individu yang mempertahankan kerusi masing-masing kecuali calon Parlimen diwakili oleh muka baru iaitu Prof. Datuk Che Musa b Che Omar.
Abdul Latif b Abdul Rahman kembali menewaskan Hj Azizzuddin Hussein dengan majoriti yang besar iaitu 1,903 undi. Manakala DUN Guchil diwakili oleh calon PKR, Tuan Zamri Ariss b Tuan Zakaria dengan majoriti 1000 undi. DUN Manik Urai pula, Ismail b Yaakob, bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan dalam PRU-11(2004), kembali merampas kerusi tersebut dengan majoriti 1,352 undi. Arifabillah @ Mohd Asri b Ibrahim pula menewaskan Dato’ Ramzi Ab Rahman dengan majoriti 552 undi. Di Parlimen, PAS meletakkan gergasinya dari Pusat iaitu Dr Hatta Ramli, Bendahari Agung PAS sebagai jaguh menewaskan Prof Datuk Che Musa dengan majoriti 4,984 undi.
Dalam tempoh sehingga PRU13 ini, rakyat akan menilai khidmat yang diberikan oleh wakil rakyat yang telah mereka pilih. Pastinya PRU-13 akan menjadi ukuran dan penentu kepada keberkesanan khidmat yang diberikan oleh mereka sebagai mana janji-janji semasa berkempen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
5 dun? mohon perbetulkan
Mangkuk ayun la semua DUN ni. Time banjir 2014 ni seEkor DUN kamu tak menjenguk dan paling teruk, mangsa kelaparan dan mungkin ada mati kelaparan dan sakit. Ayer dah lebih 10 meter pun suma buat gedebe tak reti bahasa.
Catat Ulasan