Yang Indah Itu Bahasa Yang Elok Itu Budi

Isnin, Januari 18, 2021

Dengarlah Suara Mereka

Saya yakin pelbagai tindakan telah diambil pihak pentadbir sekolah untuk memastikan sekolah-sekolah di negeri PKPP dan PKPB bersedia untuk dibuka pada 20 Januari. Termasuklah sekolah-sekolah di Kelantan yang kita tidak jangka akan diumumkan PKP. 

Sebagai guru, sudah pasti ramai yang berterima kasih kepada KPM atas pengumuman terbaru mengenai penangguhan pembukaan sekolah di seluruh negara. Semoga ibu bapa juga turut memahami risiko yang bakal dihadapi jika sekolah dibuka sebagaimana pengumuman asal KPM.

Alhamdulillah. Semoga anak-anak kita terhindar dari wabak. Tapi dari susuk lain, bagaimana dengan pejuang-pejuang kita yang bertarung di lapangan. 4029 kes harian bukan satu angka yang boleh diambil mudah. Malah angka ribuan sudah dicecah sekian lama. Ada kedengaran suara frontliners kita, khususnya warga KKM mengenai kemudahan peralatan, kebajikan mereka, waktu kerja yang tidak menentu dan makan yang tidak terurus. Masa untuk keluarga tak perlu diperdebatkan lagi. 

Percayalah, ramai antara mereka yang tertekan. Suara-suara mengharapkan ihsan kedengaran walaupun tidak begitu meluas. Saya percaya suara keciil itu mewakili sebahagian besar mereka. Cuma mereka tidak suka menggembar-gemburkannya supaya tidak dilihat negatif.

Kita hanya mampu berterima kasih. Pada masa yang sama, kita berharap agar kerajaan lebih cakna akan kesukaran mereka. Dengar keluhan mereka. Sebgaimana ungkapan mereka, mereka bukan hanya perlu dipuja sebagai lukisan dinding mural atau lampu jambatan yang bercahaya. Banyak lagi yang mereka perlukan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan agar risiko dapat mereka tempuhi dengan bijaksana demi agama, bangsa dan negara. 

Dalam keadaan wabak semakin menggila ini, siapalah kita tanpa mereka. Tolong dengar suara mereka. Terima kasih fontliners.

Rabu, Disember 23, 2020

Sabun Empkost

Sepetang menunggu stok baru. Alhamdulillah, dah sampai. Tkasih kepada geng dan cust yang maintain dengan Empkost

http://www.wasap.my/+60142995054/SabunEmpkost

Jumaat, Disember 18, 2020

Kelebihan Minyak Zaitun

Info Kesihatan

***Khasiat minyak zaitun***

Ambil 2 biji sebelum sarapan dan 2 biji sebelum tidur.

- Untuk mencerahkan wajah, anti penuaan dan untuk awet muda.
- Melebatkan rambut dan melambatkan uban.
- Mengurangkan kerekahan kulit tangan dan kaki.
- Mengurangkan risiko kanser kulit.

....dan banyak lagi.

Tekan link dibawah:
http://www.wasap.my/+60142995054/MZDrSkinz

http://www.wasap.my/+60139368989/MZDrSkinz