Pada tahun ini, Hari Malaysia, 16 September disambut untuk julung kalinya dalam sejarah tanah air. Sambutan ini dijadikan cuti umum setelah 47 tahun Malaysia ditubuhkan. Selamat menyambut Hari Malaysia.
Sewajarnya Hari Malaysia ini disambut di seluruh negara kerana pada tarikh ini merupakan hari yang paling penting dalam sejarah penubuhan negara Malaysia. Mengapa perlu dikesampingkan? Mungkin pemimpin-pemimpin terdahulu terlepas pandang dan manglinya pemimpin-pemimpin yang terkemudian.
Sambutan Hari Malaysia ini dipelopori oleh Pakatan Rakyat apabila mereka menyambut secara besar-besaran pada tahun lalu di Dewan Jubli Perak, Selangor dengan kehadiran semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Terkedu dengan sambutan Pakatan Rakyat dan atas kesedaran peri pentingnya tarikh keramat ini dihayati, maka kerajaan mengumumkan Hari Malaysia dijadikan Cuti Am Persekutuan. Kredit patut diberikan kepada Pakatan Rakyat.
Sambutan yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.
Cuma yang menjadi persoalannya, mengapa sambutan yang dipelopori oleh Pakatan Rakyat ini nampaknya sepi pada tahun ini. Adakah memadai apabila ianya diisytiharkan cuti umum? Atau ianya cuma gimik kepada kerajaan 16 September yang tak menjadi? Atau sengaja disensasikan untuk menarik sokongan MP Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak menyokong mereka dan lompat parti?
Atau mungkin rakyat ditipu lagi?.....
Selamat Hari Malaysia. Semoga Malaysia terus dilimpahkan rahmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan