Yang Indah Itu Bahasa Yang Elok Itu Budi

Selasa, Ogos 06, 2013

Persidangan Cawangan 2013

Saya menjangkakan selesai sudah majlis pengagihan fail Persidangan Cawangan yang dijadualkan diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krai pagi tadi. Masing-masing Ketua Cawangan(KC) sudah mengelek fail cawangan masing-masing dan bersedia mengadakan persidangan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Saya menjangkakan sebagaimana biasa (sebab saya tidak hadir), hampir ke semua KC akan hadir dalam majlis tersebut. Apa yang diharapkan agar semua pejuang-pejuang kita di peringkat cawangan dapat menjadikan persidangan kali ini sebagai platform yang terbaik untuk menarik kembali sokongan (bagi cawangan yang kehilangan sokongan) atau menguatkan lagi sokongan (bagi cawangan yang telah sedia kukuh).

Apabila kita menyebut mengenai sokongan, kita tidak dapat nafikan rakyat kita adalah aset yang paling penting. Mereka ini mungkin ahli kita, mungkin penyokong kita atau mungkin sesiapa saja yang telah membantu kita, khususnya dalam PRU13 baru-baru ini. PRU13 sepatutnya dijadikan factor utama dalam menguruskan sokongan di peringkat yang paling asas dalam struktur organisasi parti ini. Runtuh struktur di peringkat asas ini akan menyebabkan parti lemah di peringkat Bahagian, Perhubungan dan Pusat. Padahnya akan diterima dalam PRU14 nanti.

Ahli cawangan sudah semestinya menjadi keutamaan kerana mereka yang akan menentukan kuota persidangan dipenuhi. Jemput mereka untuk bersama bersidang. Tapi jangan pula hanya sekadar menjemput mereka setakat jumlah memenuhi kuota sahaja. Semua tidak boleh dikecualikan, samada sebulu atau tidak dengan kepimpinan di mana-mana peringkat. Asalkan mereka tidak mengkhianati parti semasa saat-saat genting dalam mengharungi PRU13 baru-baru ini. Manakala ahli-ahli yang telah mengkhianati perjuangan, mungkin tindakan sesuai mesti diambil agar memberi pengajaran kepada mereka dan ahli-ahli yang lain. Kepada ahli yang telah turun-temurun menentang parti tapi masih ada dalam senarai cawangan, sudah sampai masanya KC dan jawatankuasa cawangan berlapang dada menerima hakikat bahawa mereka ini memang mesti diputihkan dari senarai ahli (ramai sangat sebenarnya)

Dalam kita ghairah mengadakan persidangan, kita lupa bahawa kekuatan kita banyak dibantu oleh penyokong dari kalangan bukan ahli parti. Mereka ini tidak boleh disisihkan dari arus perjuangan. Mereka perlu dibawa bersama dalam persidangan. Saya yakin ada peruntukan dalam Perlembagaan UMNO yang memberikan peluang kepada mereka untuk turut hadir berdasarkan pematuhan terma-terma yang tertentu.      

                                                                                                                                  ……..bersambung

Tiada ulasan: